minit 1

  • Uploaded by: Munie Aieda
  • Size: 114.3 KB
  • Type: PDF
  • Words: 846
  • Pages: 4
Report this file Bookmark

* The preview only shows a few pages of manuals at random. You can get the complete content by filling out the form below.

The preview is currently being created... Please pause for a moment!

Description

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN 71950 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA, TAHUN 2021 Tarikh Hari Masa Tempat

: 12 Januari 2021 : Selasa : 10.30 pagi : Bilik Gerakan SK Sendayan

Kehadiran: 1. Pn Nor Faizah bt Abu 2. Pn Fakhriah bt Abd Fatah 3. Pn Wan Muni Aida bt Wan Nazulan 4. Pn Norita bt Hashim 5. Pn Juliati bt Yusoff

- Penolong Kanan Kurikulum - Ketua Panitia - Setiausaha - AJK - AJK

1.0 UCAPAN PENOLONG KANAN KURIKULUM 1.1 Pn Nor Faizah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir pada mesyuarat panitia yang pertama 1.2 Beliau menyatakan hasrat agar semua ahli panitia dapat memberikan kerjasama yang baik dibawah pimpinan beliau sebagai guru penolong kanan kurikulum yang baru 1.3 Beliau juga meminta untuk panitia menyediakan satu format penulisan RPH yang selaras dalam semua kalangan ahli panitia dan dapat membincangkan perancangan aktiviti panitia sepanjang tahun 2021.

2.0 UCAPAN KETUA PANITIA 2.1 Pn Fakhriah selaku ketua panitia mengucapkan selamat datang kepada semua ahli panitia yang telah diberi tanggungjawab dalam mengajar mata pelajaran sejarah pada tahun ini. 2.2 Pn Fakhriah memohon kerjasama semua ahli panitia dalam membantunya melaksanakan semua perancangan panitia yang akan dilaksanakan pada tahun ini. 2.3 Pn Fakhriah meminta untuk semua ahli mendapatkan RPT dan DSKP sejarah setiap tahun bagi memudahkan proses penghasilan rancangan pengajaran harian setiap guru

Tindakan: Makluman semua ahli

1

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS 3.1 Pn. Norita mencadangkan minit mesyuarat bilangan 2, 2020 disahkan. Pn Juliati menyokong. 4.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA 4.1 Ketua panitia sejarah bagi tahun ini masih dikekalkan iaitu diterajui oleh Pn Fakhriah bt Abd Fatah 4.2 Setiausaha panitia bagi tahun ini juga masih dikekalkan iaitu Pn Wan Muni Aida bt Wan Nazulan 4.3 Diharapkan dengan pelantikan ini,panitia sejarah akan melangkah lebih jauh dengan pelbagai perancangan serta perubahan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. 5.0 AGIHAN PERBELANJAAN PENGURUSAN PANITIA TAHUN 2021 5.1 Puan Faizah iaitu GPK Kurikulum memaklumkan bahawa peruntukan perbelanjaan bagi panitia sejarah pada tahun ini adalah sebanyak RM 2270.00. 5.2 Panitia haruslah merancang aktiviti serta anggaran perbelanjaan yang akan digunakan pada tahun ini samada untuk pembelian bahan bantu mengajar bagi murid mahupun untuk kegunaan perancangan aktiviti tahunan terutamanya bagi sambutan bulan kemerdekaan 5.3 Perbincangan dalam mesyuarat telah memutuskan untuk mengagihkan perbelanjaan panitia seperti berikut :  Pembelian Bahan Bantu Mengajar : RM1200  Program Panitia : RM 800 5.4 Ketua Panitia berharap agar kegunaan perbelanjaan ini digunakan sebaik mungkin untuk setiap perkara yang dirancang 6.0 PENGGUBALAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RPT 6.1 Panitia telah bersetuju untuk menggubal rancangan pengajaran tahunan mengikut penjajaran kurikulum yang telah diberikan oleh kementerian pendidikan malaysia 6.2 Setiap penyelaras bagi tahun 4,5 dan 6 haruslah menyiapkan RPT mengikut tahun yang diajar. 7.0 FAIL REKOD MENGAJAR / PENULISAN RPH/ BUKU LATIHAN 7.1 Penulisan rph bagi subjek sejarah hendaklah diselaraskan bagi semua tahun mengikut perbincangan bersama ahli-ahli panitia 7.2 Pn Fakhriah selaku ketua panitia memaklumkan akan memasukkan contoh format rph yang akan digunakan didalam telegram panitia sejarah 7.3 Mesyuarat panitia telah menetapkan untuk setiap murid bagi tahun 4 hingga tahun 6 hendaklah mempunyai satu buku tulis yang ditanda dengan tag subjek berwarna ungu dan satu buku kerja yang telah diputuskan bersama oleh ketua panitia dan ahli panitia.

2

8.0 PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN 8.1 Mesyuarat pada hari ini telah memutuskan untuk menetapkan penggubal bagi soalan sejarah untuk peperiksaan pertengahan dan akhir tahun adalah seperti berikut :

TAHUN 4 5 6

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN Pn. Juliati Pn. Wan Muni Aida Pn. Norita

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Pn Fakhriah Pn Norita Pn Juliati

9.0 PENCERAPAN / PLC DALAM PANITIA 9.1 Setiap ahli panitia dikehendaki memberi tarikh untuk pencerapan pertama yang akan dilaksanakan oleh ketua panitia 9.2 GPK Kurikulum memaklumkan untuk panitia merancang PLC dalam kalangan ahli panitia sekurang-kurangnya 2 kali setahun 9.3 Panitia dikehendaki memaklumkan kepada pihak pentadbir setiap PLC yang hendak dijalankan 10.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 10.1 Cadangan aktiviti yang akan dijalankan: BIL

TARIKH

PERKARA

1

Januari

Mensyuarat Panitia kali pertama

2

Sepanjang Jan-Nov

Semakan nota dan buku latihan murid

3

Bulan Ogos dan September

Sambutan Bulan Kebangsaan

4

Bulan Julai-September

Pelaksanaan projek sejarah

5

Mac/Ogos

PLC

11.0

TINDAKAN Semua J/K panitia Sejarah Semua guru panitia Sejarah Semua J/K panitia Sejarah Semua guru matapelajaran sejarah Semua ahli panitia

HAL-HAL LAIN 11.1

Pn.Fakhriah memaklumkan bahawa setiap pembelian bahan bantu mengajar hendaklah dimaklumkan kepada beliau. 11.2 Memaklumkan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran sejarah ada didalam bilik BBM dan boleh digunakan sepenuhnya mengikut kesesuaian tajuk yang diajar 11.3 Semua guru perlu menggunakan sepenuhnya buku kerja yang telah diwajibkan kepada setiap murid di setiap tahun. Pastikan semua murid memiliki buku kerja yang telah ditetapkan . 3

12.0

UCAPAN PENANGGUHAN 12.1 Ketua panitia mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua ahli-ahli AJK Panitia yang hadir ke Mesyuarat AJK kali pertama. Beliau mengharapkan agar kerjasama dapat diteruskan demi kecemerlangan Sk Sendayan

9.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

……………………………………………….

……………………………………………….

……………………………………………….

(Pn Wan Muni Aida Wan Nazulan) Setiausaha Panitia Sejarah SK Sendayan

(Pn Fakhriah Abd Fatah) Ketua Panitia Sejarah SK Sendayan

(Pn Nor Faizah Bt Abu) Penolong Kanan Kurikulum SK Sendayan

4

Similar documents

minit 1

Munie Aieda - 114.3 KB

MINIT 2

Munie Aieda - 114.4 KB

minit 3

Munie Aieda - 105 KB

MINIT CURAI

Muveena Thurairaju - 56.7 KB

MINIT CURAI BI

Muveena Thurairaju - 56.6 KB

Modul 1 KB 1

Ernie Durrett - 2.7 MB

Tarea 1 (1)

Helen Nicole - 56.4 KB

Tarea 1 (1)

Sebastián Sánchez - 134.6 KB

Compensare Psihopedagogică 1 (1)

Alex Stan - 85.9 KB

1 Semiologia Abdominal 1

Camila S. Oczachoque M. - 1.8 MB

Repentina 1 (1)

Valentina Soza - 1.4 MB

MDL604_s3_tarea (1) (1)

Juan Pablo Fernandez - 137.1 KB

© 2024 VDOCS.RO. Our members: VDOCS.TIPS [GLOBAL] | VDOCS.CZ [CZ] | VDOCS.MX [ES] | VDOCS.PL [PL] | VDOCS.RO [RO]